Tuesday, August 23, 2011

Letter for MF

Baby, sekarang you dekat Cape Town. Bila you jauh, I selalu rindu. Kadang-kadang rasa nak mati je rindu you. Kawan-kawan suruh I jadi pramugari. I tak mahu sebab lagi bagus I jadi macam Tony. Terus beli share MAS. Bila I dah jadi shareholder, bila-bila masa pun boleh teman you fly. Hehee.

Banyak sangat perkara yang I rindu tentang you.
I suka spaghetti yang you masak untuk I. Dah la first time lelaki masak untuk I. Sedap pula tu.
I suka bila you drive, you menyanyi untuk I. Sedap juga suara you.
I suka bila tengok you senyum. Sedap mata memandang ^_^
I suka bila I buat cuba buat lawak yang tak kelakar, tapi you ketawa tipu-tipu. Sedapkan hati I.
I suka bila you shake the soya can drink, bukakan tin, letak straw untuk I minum setiap kali kita tengok wayang. Soya memang sedap.
I suka bila WA, you hantar audio saying "I love you". Sedap mendengarnya.
I suka bila you call I, sebelum & selepas fly. Pergi / balik kerja pun you call.
I suka bila you call I setiap pagi - just to wish good morning. Malam pun sama. You wish sweet dreams.
I suka bila I tahu you busy tapi you nak juga jumpa I walaupun sekejap.
I suka bila you tak berhenti buat semua perkara ni daripada awal kita kenal sampai sekarang.

I nak you tahu, I appreciate every small things yang you buat untuk I. Sekarang, I tak sabar tunggu you balik sebab kan, I kan, ada surprise untuk you :)

Thursday, August 11, 2011

Tips untuk bahagia

Selalu rasa kasihan tengok timeline tweeter/ FB status yang sedih-sedih. Especially yang melibatkan hal-hal kekasih. Gaduh dengan bf je, terussss tukar relationship status jadi single. Esok - in a relationship balik. Lusa - it's complicated pulak. Hari ni friend dengan kekasih, esok unfriend. Jangan nak menafikan ok. I sendiri pun pernah terbuat perkara-perkara di atas. Girls, you know..

Kat sini I nak kongsi tips bahagia. Apa yang I buat untuk mengekalkan hari-hari bahagia dengan kekasih / tanpa kekasih. I tak copy paste daripada internet sebab tak nak jadi kau cakap senanglah, cuba kau buat. So here, yang selalu I paraktikkan.


Tips bahagia bersama kekasih


1) Pandangan itu penting
Pandang pasangan dengan rasa kasih & hormat. Bila kita kasih, kita tak akan menyakiti hatinya. Bila kita hormat, kita selalu menjaga perlakuan & pertuturan supaya tidak mengguris hatinya.


2) Percakapan / pertuturan pun penting
Biasakan cakap yang penting / fakta. Kalau tak penting, jangan cakap. Jadilah pendengar. I percaya percakapan itu satu doa. Biasakan cakap perkara yang baik-baik.


3) SMS pun kira penting taw!
Selalu ucap selamat pagi, selamat tengah hari, selamat petang & selamat malam. OK, I selalu wish selamat pagi & selamat malam sahaja :D Busy macam mana pun, selalu tanya "You tengah buat apa, you dah makan ke, what is your activity for today"..just to keep in touch. Biasa pasangan yang dah lama ni macam "ala takkan perkara kecil-kecil ni pun kau nak kecoh-kecoh tanya BF kau"..My answer will be, daripada tiba-tiba nanti ada perempuan lain yang caring dekat BF kau..Percayalah, all this small things lah yang buat relationship lagi best. Small things matter. If you cannot do great things, do small things in a great way.


4) Email, FB, Tweeter & all social network related lagilah penting
I tak mahu tahu password BF I. Jenuh BF I nak bagi password dia dkt I. I tak mahu. Kenapa? Sebab I percaya BF I dah cukup besar, dah tahu behave, tahu limit dia. I suka BF I ada sedikit ruang &privasi untuk diri sendiri. Tapi I tak kisah BF I ada password I / pegang iphone I / pegang handbag I. Sebab I tak sorok apa-apa. Lagipun BF I busy terbang-terbang, tak ada masa dia nak stalk account I :) Plus, macam mana kita nak orang percaya kita, kita pun kena lah percaya orang juga.


5) Marah tak penting
Bila tengah marah, I prefer jauh-jauh daripada BF I. Tak nak jumpa / off phone untuk mengelakkan daripada perang besar. SMS BF - "I am sorry, talk tomorrow." Ye lah, bila tengah marah nanti perkara yang tak sepatutnya pun kita cakap. Abang I selalu pesan, "Jangan marah-marah, marah tu api. Api tu syaitan." "Kemarahan yang kita tahan walaupun seminit, akan menyelamatkan kita daripada kekesalan bertahun-tahun. Thank you abang!


Tips bahagia bila tak bersama kekasih


Semua orang pun nak hari-hari bahagia. Jadi bila bangun tidur perkara pertama haruslah baca doa bangun tidur atau paling tidak pun ucap Alhamdulillah dengan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup. Bersyukur masih ada keluarga. Bersyukur masih boleh baca blog I daripada orang lain yang tak ada internet connection. Macam tu lah lebih kurang :D

Bila berdiri depan cermin, I selalu cakap dalam hati "tak apalah muka I tak berapa cantik, I cuma mahu hati yang cantik". Bersyukurlah awak tu cukup sifat (tak cacat) - ni pesan mummy.

Selalu baca buku motivasi untuk meningkatkan self-esteem. Eh, baru teringat kita tak baca pun buku motivasi untuk bulan ni. Kejap lagi nak baca lah buku SECRET. Heehe..

Senyum. Kenapa? Selain termasuk dalam kategori sedekah yang paling mudah, melenturkan kulit wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. OK semua senyum sama-sama sekarang :)
Cuba klik sini http://unic77.info/10-kebaikan-di-balik-senyuman.html untuk fakta-fakta menarik, kenapa kita kena senyum :) *smile again*


Lepas ni, I tak nak tengok status FB / Tweet you all sedih-sedih ok. *Senyum lagi sebab nak nampak muda*.

Friday, August 5, 2011

Menu wajib Ramadhan 2011

Reader(s), salam Ramadhan & selamat berpuasa. Dah hari ke-3 berpuasa tapi esok I hari pertama I puasa. Dulu masa sekolah budak lelaki selalu je ejek budak perempuan kalau tak puasa. Budak perempuan pun terpaksa cakap "Kita puasa la", walaupun sebenarnya tidak. Sebab takut kena ejek. Sekarang masing-masing dah besar, baru faham kalau period sebulan sekali tu NORMAL.

Mahu tak jealous bila dapat notification foursqure kawan-kawan check in dekat masjid / surau yang berbunyi begini "Terawih with family". Cemburu ok! I tak sabar nak pergi terawih sebab bukan setiap hari ada moreh. I mean terawih. I memang tak sabar nak berterawih! :)

Bila bulan puasa, ada Bazaar Ramadhan. Yeyyy! (sorakan cheerleader gedik). Bazaar ramadhan best sebab dia macam pasar malam yang dibuka sebelum malam. Kalau bukan bulan Ramadhan, biasanya awak datang pukul 5.30 petang tu belum tentu peniaga dah buka payung / meja. Tapi bulan Ramadhan, pukul 5.30 petang tu dah waktu kemuncak jaya dah. Meriah for sure! Mum macam biasalah, dengan things-to-buy list dia yang mengirim mengalahkan orang nak pergi haji. Ayah pula mesti nak kuih-muih. Lil pika suka ayam uncle yang selalunya kena beratur dalam 15minit -__-"

I pula suka apa? Semestinya masakan Mummy yang paling sedap di galaksi. Tapi kalau cakap pasal makanan dekat Bazaar..ni,



Tempat pertama, ROTI GORENG BERSALUT BREADCRUMBS! Kerangupan yang tiada bandingan.




TEMPAT KEDUA, AGAR-AGAR yang berwarna-warni sahaja sebab memang tamak dan memilih rupa sejak lahir perangai tak berubah. Paling kurang pun nak agar-agar milo.





TEMPAT KETIGA, Kek Batik yang senang sangat kalau nak buat dan tak faham kenapa orang jual harga mahal. Tapi disebabkan pemalas nak buat sendiri, kita beli jugak!


Ok I tak reti pula nak buat penutup karangan tiba-tiba. Can I just end this post by saying Good Bye? Or Good Night? Maybe both will be better. Good bye & Good Night reader(s)!

Wednesday, July 27, 2011

Kaki-kaki pelanggan

Bila call customer service atau walk in customer service counter, sama ada you all akan bercakap dengan customer service officer / customer service executive. Kebanyakan pelanggan, tak kiralah pengguna broadband, pengguna credit card, pengguna untuk apa produk sekalipun akan mendail talian khidmat pelanggan untuk bertanyakan soalan, mendapat penjelasan tentang sesuatu yang diragui dan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, berkaitan produk yang digunakan.

*eh skemanya permulaan karangan saya*

Dah hampir setahun dalam industri khidmat pelanggan (sekarang tidak lagi), lagi-lagi front liner ni, dimana kau lah yang akan kena maki bila orang back office mengangkang tak buat kerja atau bila orang buat sale salah bagi maklumat, mestilah dah bermacam-macam jenis dan corak pelanggan yang I dah berdepan.

Berikut adalah jenis pelanggan yang selalu mewarnai hidup pegawai khidmat pelanggan ;


Pelanggan kaki maki hamun
Belum habis greeting terus kena marah. Siap pakai bad words lagi. Lepas tu baru nak minta tolong tanya itu ini. Lagi parah, kena marah dalam bahasa Mandarin, I memang tak faham.

Pelanggan kaki ugut
"Kalau masalah saya tak selesai, saya tak kira, saya akan keluarkan kenyataan kat surat khabar. Saya nak satu dunia tahu company awak ni tak bagus! Service teruk!"..terus sambung ayat-ayat ugutan. Samseng ke samsung ntah -_-"

Pelanggan kaki merungut
Dah merungut pasal company kita punya produk satu hal, merungut pula pasal company lain kat kita. Sangat lari tajuk!

Pelanggan kurang sabar
Biasanya untuk les berat yang melibatkan follow up daripada department lain mestilah memakan masa beberapa hari. Tapi ada pula yang "I dont care, I want it to be settled by today!" Diva kampung seberang ke?

Pelanggan periang
Dia pula yang greeting kita dulu. Happy-happy je bagitahu masalah dia. Lepas tu ucapkan terima kasih sebab tolong dia walupun dah memang tugas pegawai khidmat pelanggan macam tu.

Pelanggan tak tahu apa-apa
kebanyakan pelanggan tanya soalan general sahaja. Macam cawangan kat mana, no fax,alamat laman sesawang (website) etc..Selalunya tergesa-gesa nak tamatkan panggilan sebab nak jimat kredit berbual mungkin.


Pelanggan perlu tahu, tugas pegawai khidmat pelanggan adalah untuk membantu dengan sehabis mungkin. Bukan untuk dimaki, bukan untuk diugut, bukan untuk meluahkan perasaan seperti segmen keluh kesah bersama kak esah.

Adalah dinasihatkan supaya minum segelas air putih terutama untuk pelanggan yang panas baran, sebelum membuat panggilan ke talian khidmat pelanggan. Dan tetapkan didalam minda "saya perlukan pertolongan, jadi saya akan minta pertolongan baik-baik".

Pegawai khidmat pelanggan biasanya dilatih untuk selama sebulan atau dua bulan untuk,

1) memberi maklumat yang tepat
2) memanjangkan aduan kepada pihak yang berkaitan terutama kes yang diluar bidang kuasa pegawai
3)menyarankan alternatif-alternatif untuk memudahkan pelanggan

Sekiranya pelanggan berhadapan dengan junior / newbies, pelanggan boleh meminta agar disambungkan kepada senior / superior yang lebih arif tentang kerumitan pelanggan. Boleh juga meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi semula.

Pelanggan harus sedar, maklumat pelanggan terpapar di skrin. Seperti rekod berkaitan, alamt rumah, alamt tempat bekerja..etc..well im just saying...

Pesanan I, kita sama-sama manusia. Mungkin kita rasa kita ni banyak duit, boleh kuli-kulikan orang, underestimate orang dan sebagainya. But remember, karma is a bitch if you are a bitch. Awak rasa, awak jenis pelanggan yang macam mana?

Thursday, July 21, 2011

Dreamgirls the Musical


Taraaaaaa! I tengok Dreamgirls the Musical dekat Istana Budaya. . It was suppose to be me and my girls theatre night, tapi since Amyliana tak dapat menghadirkan diri, it was just me, Faryda, MF and Faryda's few friends from UITM.

I tak nak cerita pasal sinopsis Dreamgirls sebab you all boleh google sendirian berhad. Tak pun klik sini http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/. I nak kongsi beberapa bahagian menarik dengan you all.


Senarai mereka yang hebat ;
Dina Nazir (Effie White)
Cheryl Samad (Deena Jones),
Azura Zainal (Lorell Robinson),
Kris Coleman (Jimmy Early),
Tony Eusoff (Curtis Jr.),
Dafi (C.C. White),
Ruzana Ibrahim (Michelle Morris)


Senarai lagu yang best
Cadillac Car
Steppin' to the Bad Side
Family
It's All Over
Love Love Me Baby
When I First Saw You
I Miss You Old Friend
Hard to Say Goodbye
My Love
Dreamgirls
dan banyak lagi (sebab tak ingat, kita letak la dan banyak lagi tu)



The Dreams





Ada Dafi ok! Ada Dafi! (yang pakai jacket coklat sebelah kanan sekali). Agak-agak kumpulan Sepah tengok tak? Tony Eusoff kat tengah-tengah, tengah menjiwai watak beliau. Kris Coleman kat sebelah kiri, cantik blazer awak. Berkilau! :D







Prop terbaik!


Secara kesuluruhan, memang teater terbaik yang pernah I tonton. Sebabnya ;

Baju-baju cantik sangat! berkilau-kilau! Ada satu dress warna putih tu, I rasa macam nak buat wedding dress I je. Tapi MF cakap seksi sangat pula. Baik buat baju tidur je. Hamboi imaginasi dia! Heyp!

Azura Zainal is super gedik! Tapi gedik yang class ok! Best.

Tak sangka, Cheryl Samad mampu menyanyi dengan baik! Dari jauh dia nampak lain sangat. Well done, Cheryl!

Bila babak Effie jumpa balik dengan Deena setelah sekian lama mereka berpisah, time tu I emosi rasa nak nangis ok.

Tony Eusoff bertuah dapat hisap curut atas pentas dimana orang lain tak dibenarkan merokok. Suka lah tu beliau!


Kitorang beli buku yang ada semua gambar artis tu untuk mereka tandatangan diwaktu sesi autograf selepas habis show. seronok Faryda dapat bergambar dengan Encik Tony. Oh btw, I ambil tandatangan Tony Eusoff sahaja. Hehe..Nasib baik tak ada Aaron Aziz, kalau tak dua-dua punya tandatangan pun I ambil. Weee!

Ok sekian, terima kasih kerana membaca :)

P/S : With the right companion, you must go now or regret later :p until 24th July 2011 only!

Friday, July 15, 2011

Mini Update

Semenjak bekerja sebagai PA mak datin (mummy), selalulah saya ada masa terluang nak skodeng blog orang ataupun update blog sendiri supaya boleh diskodeng orang lain dan yang sewaktu dengannya. Ye lah, ibu sendiri mana tegar membiarkan anak kesayangan bersusah payah. Dia akan suruh yang paling senang je seperti menjadi driver untuk ke bank, menjadi tukang angkat phone dan tukang reply SMS sebab mummy rabun tapi malas pakai cermin mata lepas tu mesti beri arahan "tolong bacakan SMS tu." dan kemudian akan berkata, "ok, tolong replykan (terus sambung ayat skema dia)". Memang I PA sejati, kan?


Kebanyakan masa terluang yang (sememangnya banyak), selain daripada berpoya-poya dengan rakan sebaya, saya juga gemar bersuka ria bersama MF. MF = Megat Fareto.


Walaupun barulah setahun jagung manis bersama Fareto, hidup saya berubah total. Eh, macam iklan ubat kurus atau skim cepat kaya je kan? Hihihiiii...
Saya suka nama Megat tu sebab macam wiwiiit, feeling-feeling gagah gituw! Tapi saya tak suka panggil dia Megat sebab ramai kot orang nama Megat dalam dunia ni. Macam orang nama Nik, Raja, Syed, Putri etc..macam tu lah maksudnya. Tapi saya taklah panggil dia Megat Fareto sebab macam panjang pula nama tu. Jadi saya ringkaskan jadi BABY Fareto. Hehe..


Setiap pagi, saya akan call MF untuk wish Good Morning Malaysia sebab MF tak boleh call saya dulu sebab dia selalu bangun lewat daripada saya. Walaupun dah pesan jantung kena berehat selepas pukul 12 malam, tetapi dia degil suka tidur lewat sebab nak download game kat iphone 4. Teringat pula masa mula-mula we bought iPhone4, Mf cakap "eh, keypad dia ni tak boleh zoom ke bagi besar sebab kecil sangat lah nak taip sms." Tapi sekarang, wah wah waaaah..dah terlebih expert! Habis semua dia explore dah. Kalau reti repair iphone, dah boleh buka kedai dah tu.


Karaoke merupakan aktiviti yang kerap dilakukan juga. Paling kelakar bila nyanyi lagu terlanjur cinta by Rossa duet dengan siapa ntah nama lelaki tu tak ingat. Sebab kitorg nyanyi beriya betul masa chorus. Tapi masa chorus je kitorg tahu. Yang intro dengan ending lagu tu kitorg habiskan dengan looking-looking, smilling-smilling at each other je, dalam hati cakap I tak tahu, you pun tak tahu - __-"


Bila shopping, MF mesti nak cari hoodie sebab hoodie MF yang I belikan dulu dah luntur warna macam ada spot blue color. Geram betul tak boleh hilang walaupun dah cuci 3 kali, handwash lagi tu. Dah la dekat Forever 21 tu kalau cari saiz tak jumpa, kau jangan mengada-ngada nak tanya sale assistant baju ni ada saiz lain tak? Kerana jawapan yang diberikan pasti "semua yang kita display ni je la yang kita ada". So memang dah harap maklum. Dah la MF cari hoodie macam nak cari bini. Ada je yang dia tak berkenan. Mungkin dia terbejangkit sifat cerewet I. Hmmm..Nasib baik haritu jalan-jalan terjumpa jaket seksi warna hitam kat topshop. Sebab dah beli jaket, MF macam terlupa sekejap nak cari bini. I mean hoodie.


Eh, kenapa rasa mengantuk ni? Oh, dah pukul 1 pagi rupanya. Jantung nak berehat. Esok nak pergi rumah Nik. Nanti kita sambung lagi ok. Selamat malam & selamat pagi :)


Saturday, June 25, 2011

Bebel pasal kahwin

Ok fine. I tahu dah berkurun I tak update blog. Hello, I busy jaga badan ok! Ceh emosi lebih macam la ramai sangat orang baca blog awak tu.

Pada musim cuti persekolahan yang lalu mesti you all penat mengalahkan pengantin berikutan memenuhi undangan majlis perkahwinan, kan? Oh, sebelum terlupa I nak ucapkan tahniah kepada semua pasangan yang dah berjaya building masjid. Semoga berkekalan.

Masuk topik kahwin ni. Tersukalah I nak cerita pasal kahwin. Ye lah sahabat taulan rakan sebaya dan jiran tetangga pun terlalu 'ambil berat' tanya kita bila kita punya turn. Bila dah selalu kena tanya kan, nak je kita jawab macam ni - "Kau gila ke tak nak kahwin best kot kalau dpt suami caring yg boleh jaga kau. Lepas tu ada baby comel nama Isabella". Kalau boleh la..kalau boleh memang I jawab macam tu. Tapi most of the time pun, I sengih-sengih sopan je. Heehee.

Suka lah tengok traffic light di hiasi papan tanda anak panah tunjuk arah nak pergi rumah pengantin. Yang paling I suka, bila tengah-tengah makan jamuan sedap dengan air sirap ais tu, ada pula orang bagi candy la, small gift la..suka taw! Masa I kecil-kecil dulu, I suka ambil bunga mangga. (betul ke I spell ni?). Ala yang macam bulu warna warni daripada plastik tu yang orang cucuk kat buah betik yang letak hujung kayu tu. Alaaa yang orang pegang tinggi masa pengantin berjalan slow motion nak masuk rumah tu..alaaa..eh, do I really have to explain this? I akan ambil bunga mangga untuk bawa balik rumah, lagi-lagi warna pink. Lepas tu main lawan-lawan buat macam pedang la konon-konon kan. Ending, I selalu nangis sebab abang I ganas kot, dia cucuk mata I pakai bunga mangga (T_T).

*rehat sekejap, nak minum mineral water*

Kalau kenduri kat Johor (mestilah nak cerita pasal tempat kelahiran kan), saat yang paling menggembirakan apabila pihak lelaki nak masuk rumah pihak perempuan. Sangat mencabar ok! Tapi yang lebih-lebih gembira tu saudara mara pihak perempuan sebab pihak lelaki kena bayar tol. Saudara mara pengantin perempuan akan beratur menghalang pintu masuk. Pengantin lelaki nak masuk rumah untuk sampai ke pelamin, kenalah bayar tol. Masa tu, ibubapa makcikpakcik pun turut menyertai like heloo duit ok duit! Haha. Tapi selalunya kanak-kanak riang lah yang beratur. Yang dah besar pula tunggu acara baling gula-gula daripada pengantin. Tapi I kalau gula-gula tak sedap, I tak ambik keyh (dulu kecil-kecil pun tahu memilih).

Dah sampai pelamin, pengapit lelaki berpeluh-peluh berbalas pantun dengan pengapit perempuan, sebab muka pengantin perempuan ditutup pakai kipas (bukan kipas angin ok), tapi kipas pengantin la yang berenda-renda tu. Macam nak buat unsur-unsur suspen lah sebelum mempamerkan kecantikan wajah pengantin perempuan. Lepas dah berjaya berbalas pantun,barulah dapat lihat wajah pengantin perempuan yang glowing-glowing gitu. Masa tu jugak, pengantin lelaki macam terberhenti sekejap tengok pengantin perempuan yang dah di make up cantik-cantik. Terus orang ramai pun bertepuk tangan. Akhirnya, barulah pengantin boleh duduk sebelah-sebelah. Ini semua adat untuk memeriahkan majlis. Tak wajib. Tapi I suka, happening sangat, kan?

Tapi orang sekarang suka berhabis ratus ribu nak buat kat hotel. Yang mampu tu, tak apalah. Yang tak mampu tu, takkan lah kau nak bayar hutang kahwin tu sampai anak kedua kau lahir pun kau tak habis bayar, kan? Pada I, perkahwinan tu bukan sesuatu yang membebankan. Tak payah nak pinjam sana sini, nak korek piggy bank semua. Sederhana sudah lah. Suka sangat ikut trend. Haih, tak faham I.

Kalau I, duit banyak-banyak tu I nak gunakan untuk education anak-anak I. Takpun simpan untuk emegancy fund. Yang penting, my wedding nanti I nak sederhana tapi meriah. Makanan mesti sedap. I nak tetamu I happy on my big day.

Ok, bye!



Friday, March 25, 2011

Blog baru yang bogel -_-"

Ok, blog baru ni bogel sebab tengok la, tak ada apa-apa decoration pun.