Friday, August 5, 2011

Menu wajib Ramadhan 2011

Reader(s), salam Ramadhan & selamat berpuasa. Dah hari ke-3 berpuasa tapi esok I hari pertama I puasa. Dulu masa sekolah budak lelaki selalu je ejek budak perempuan kalau tak puasa. Budak perempuan pun terpaksa cakap "Kita puasa la", walaupun sebenarnya tidak. Sebab takut kena ejek. Sekarang masing-masing dah besar, baru faham kalau period sebulan sekali tu NORMAL.

Mahu tak jealous bila dapat notification foursqure kawan-kawan check in dekat masjid / surau yang berbunyi begini "Terawih with family". Cemburu ok! I tak sabar nak pergi terawih sebab bukan setiap hari ada moreh. I mean terawih. I memang tak sabar nak berterawih! :)

Bila bulan puasa, ada Bazaar Ramadhan. Yeyyy! (sorakan cheerleader gedik). Bazaar ramadhan best sebab dia macam pasar malam yang dibuka sebelum malam. Kalau bukan bulan Ramadhan, biasanya awak datang pukul 5.30 petang tu belum tentu peniaga dah buka payung / meja. Tapi bulan Ramadhan, pukul 5.30 petang tu dah waktu kemuncak jaya dah. Meriah for sure! Mum macam biasalah, dengan things-to-buy list dia yang mengirim mengalahkan orang nak pergi haji. Ayah pula mesti nak kuih-muih. Lil pika suka ayam uncle yang selalunya kena beratur dalam 15minit -__-"

I pula suka apa? Semestinya masakan Mummy yang paling sedap di galaksi. Tapi kalau cakap pasal makanan dekat Bazaar..ni,



Tempat pertama, ROTI GORENG BERSALUT BREADCRUMBS! Kerangupan yang tiada bandingan.




TEMPAT KEDUA, AGAR-AGAR yang berwarna-warni sahaja sebab memang tamak dan memilih rupa sejak lahir perangai tak berubah. Paling kurang pun nak agar-agar milo.





TEMPAT KETIGA, Kek Batik yang senang sangat kalau nak buat dan tak faham kenapa orang jual harga mahal. Tapi disebabkan pemalas nak buat sendiri, kita beli jugak!


Ok I tak reti pula nak buat penutup karangan tiba-tiba. Can I just end this post by saying Good Bye? Or Good Night? Maybe both will be better. Good bye & Good Night reader(s)!

No comments:

Post a Comment