Thursday, July 21, 2011

Dreamgirls the Musical


Taraaaaaa! I tengok Dreamgirls the Musical dekat Istana Budaya. . It was suppose to be me and my girls theatre night, tapi since Amyliana tak dapat menghadirkan diri, it was just me, Faryda, MF and Faryda's few friends from UITM.

I tak nak cerita pasal sinopsis Dreamgirls sebab you all boleh google sendirian berhad. Tak pun klik sini http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/. I nak kongsi beberapa bahagian menarik dengan you all.


Senarai mereka yang hebat ;
Dina Nazir (Effie White)
Cheryl Samad (Deena Jones),
Azura Zainal (Lorell Robinson),
Kris Coleman (Jimmy Early),
Tony Eusoff (Curtis Jr.),
Dafi (C.C. White),
Ruzana Ibrahim (Michelle Morris)


Senarai lagu yang best
Cadillac Car
Steppin' to the Bad Side
Family
It's All Over
Love Love Me Baby
When I First Saw You
I Miss You Old Friend
Hard to Say Goodbye
My Love
Dreamgirls
dan banyak lagi (sebab tak ingat, kita letak la dan banyak lagi tu)



The Dreams





Ada Dafi ok! Ada Dafi! (yang pakai jacket coklat sebelah kanan sekali). Agak-agak kumpulan Sepah tengok tak? Tony Eusoff kat tengah-tengah, tengah menjiwai watak beliau. Kris Coleman kat sebelah kiri, cantik blazer awak. Berkilau! :D







Prop terbaik!


Secara kesuluruhan, memang teater terbaik yang pernah I tonton. Sebabnya ;

Baju-baju cantik sangat! berkilau-kilau! Ada satu dress warna putih tu, I rasa macam nak buat wedding dress I je. Tapi MF cakap seksi sangat pula. Baik buat baju tidur je. Hamboi imaginasi dia! Heyp!

Azura Zainal is super gedik! Tapi gedik yang class ok! Best.

Tak sangka, Cheryl Samad mampu menyanyi dengan baik! Dari jauh dia nampak lain sangat. Well done, Cheryl!

Bila babak Effie jumpa balik dengan Deena setelah sekian lama mereka berpisah, time tu I emosi rasa nak nangis ok.

Tony Eusoff bertuah dapat hisap curut atas pentas dimana orang lain tak dibenarkan merokok. Suka lah tu beliau!


Kitorang beli buku yang ada semua gambar artis tu untuk mereka tandatangan diwaktu sesi autograf selepas habis show. seronok Faryda dapat bergambar dengan Encik Tony. Oh btw, I ambil tandatangan Tony Eusoff sahaja. Hehe..Nasib baik tak ada Aaron Aziz, kalau tak dua-dua punya tandatangan pun I ambil. Weee!

Ok sekian, terima kasih kerana membaca :)

P/S : With the right companion, you must go now or regret later :p until 24th July 2011 only!

No comments:

Post a Comment