Monday, August 20, 2012

Kenangan Rayaku

Bila hari raya, I lah anak kecil yang paling gembira. Sebab sebelah Perak ramai betul anak kecil sebaya I. Memang seronok sebab mak usu kitorang rajin mandikan kitorang semua. So beramai-ramailah berjemaah pakai seluar dalam tunggu turn untuk disiram dengan gayung yang penuh berisi air kolah. Lepas tu semua menggigil kesejukkan berebut sabun & shampoo. Siapa siap cepat, dia hebat. Bilik air opah kita besar. Boleh muat lebih 10 budak hitam disitu.

Lepas tu kitorang pergilah raya beramai-ramai. Dah siap pakai bedak wangi-wangi, baju cantik semua kan. Semangat kutip duit raya. Tapi sebelum tu kitorang posing tangkap gambar dulu.

Orang Perak memang pemurah. Duit raya selalu dapat banyak. Selalu pun "jom raya rumah mak cik tu lagi nak? Dia bagi duit raya banyak." Mak cik tu pun senyum je tengok kitorang datang banyak kali. Mungkin dia pun macam tu juga masa kecil dulu. Hehehe

Bila beraya dirumah jiran tanpa ibu bapa, selalu pun behave je. Sebab mak dah pesan ;
"sebelum masuk rumah orang, bagi salam. Kasut susun elok-elok kat tepi."
"nanti salam orang pakai dua tangan, cium tangan orang tu"
"orang bagi duit raya, ambil tangan kanan, cakap terima kasih."
"kalau orang tanya kuih tu sedap ke tak, jawab sedap."
"bila orang suruh minum, baru minum. Jangan minta-minta air kat rumah orang."
"Jangan nakal-nakal kat rumah orang. Nanti tak dapat duit raya."
"Kalau orang tanya anak siapa, jawab anak Ros & Ridzuan."

My mom memang terlalu banyak kalau & jangan bila berpesan. Bila I ikut & buat semua yang dia pesan, semua orang mesti cakap,
"alahai, baiknya...anak siapa ni?"
Dan harumlah nama ibu bapa I bilamana sampai sekarang pun kalau beraya dirumah mak cik baik yang bagi duit raya banyak tu, dia akan ingat & berkata, "inilah dia yang masa raya dulu selalu susun kasut raya dia kat tepi. Bila tanya, dia jawab mak dia suruh."

Sunday, August 12, 2012

Life. Worklife.

I kerja hari-hari. Hujung minggu pun kerja. Ayah I seorang yang kuat bekerja. I kagum dengan kejayaan ayah I. Usia muda dah jadi chief manager. Dah beli asset sana sini. Rumah, kereta, memang ada beberapa. Inspired!

Memang I tukar kerja beberapa kali. I percaya, peluang yang baik bukan datang selalu. Bila diberi peluang, ditawarkan gaji yang lebih tinggi, & bila tanggungjawab itu I mampu pikul, I tak fikir dua kali untuk berhijrah. Bukan sebab stress sikit je berhenti kerja. Kerja cleaner pun stress kalau hari-hari kena marah dengan boss, kan? I bukan kategori yang meroyan kat FB, bagitahu semua, kerja ni stress nak mati tapi terpaksa kerja sini sebab tak ada pilihan, lalu diri pun berkhidmat dengan hati yang tak ikhlas, makan gaji buta, masuk kerja lewat, balik nak awal on time & hujung bulan tunggu gaji, lepas tu tak happy sebab gaji sikit. I bukan macam tu.

I ada misi yang jelas. I mahu kumpul duit semaksima mungkin. I mahu kebajikan anak-anak I terjamin kelak. I tak mahu jadi beban suami pada masa akan datang. I dididik berdikari. I memang suka & seronok mencari duit sendiri.

I tak kisah orang nak kutuk tak ada "life" atau "tak sosial". Hidup I bukan berdasarkan kata-kata orang. Kata-kata orang bukan boleh bayar semua bil I. Bukan kenyang pun kalau dengar kata-kata orang.

Pada I, "life" is not about you kerja office hour Isnin sampai Jumaat, on weekend you cuti, hari ahad lepak depan TV tunggu Melodi & Hindustan. "Life" bukan sibuk fikir nak kahwin, nak ada anak sebab rasa usia dah meningkat. Lepas tu nanti nak apply personal loan / pinjam sesiapa untuk buat kenduri majlis. "Life" tu bukan rutin yang sama kita buat seperti majoriti pergi club, minum arak, seks bebas, party sana sini.

I suka kehidupan I sekarang. Bila mampu berfikir & membayangkan kehidupan I lagi 5 tahun akan datang, I rasa tak sabar untuk berjaya. Bila tengok kawan-kawan yang dah berjaya, rasa tak sabar tu macam dua kali ganda!

::bila you kerja lebih masa, gaji you pun lebih. You dapat spend lebih & happy lebih. You cuti weekdays dapat jimat lebih sebab sabtu ahad kan parking, wayang & karaoke rate lebih mahal, kan?::


Monday, July 30, 2012

Ramadhan, ikhlaskah?

Biarlah kalau orang nak bertudung untuk sebulan, sempena Ramadhan. Biarlah orang nak check-in kat foursquare pergi masjid / surau. Biarlah orang nak bagitahu yang dia dah habis baca 30 juzuk al-Quran. Biarlah orang nak bersedekah, nak tambahkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan. Biarlah, walaupun untuk sebulan sahaja kebaikan yang dilakukan itu.

Ikhlas atau tidak seseorang itu, hanya diantara dia dengan Tuhan. Siapalah kita untuk mempersoalkan.

Perkara baik kita sokong. Kita beri galakkan. Jangan nak 'eleh kau perasan bagus' untuk perkara baik yang orang buat. Jangan salahkan orang lain kalau hati kita yang tak boleh menerima kebaikan. ;)

Sunday, June 24, 2012

Instagram

Saya tahu blog saya bukan ada yang nak baca pun. Tapi tak apa. Saya sorang baca pun dah cukup. Sebab ini blog saya, faham? Tajuk saya straight forward tentang Instagram. Betapa bertuahnya saya memiliki iphone yang boleh download Instagram application ni. Walaupun dah lama ada app ni tapi saya tak pernah pakai pun sampailah iphone hilang dan dibelikan iphone baru lagi baru terhegeh-hegeh nak buka account & aktifkan. Orang lain ada, kita pun nak la ada jugakkan? Problem? Eh? 


Instagram app ni available for iphone, blackberry & andriod, tahu? Untuk keseronokkan berganda, Instagram boleh link dengan twitter & FB jugak. Awak mesti nak show off eh maksud saya..awak mesti nak berkongsi dengan semua orang kan? Sama la kita..hehe.. Lagipun, bukankah kita digalakkan berkongsi perkara-perkara baik. Jadi, apa tunggu lagi? Siapa ada account Instagram semua cepat bagitahu saya nak follow. Kalau nak tahu banyak-banyak lagi, boleh pergi sendiri website Instagram. Belajar berdikari boleh? Dengan tema fast beautiful photo sharing, pelbagai effect boleh diguna pakai. Contoh :



 
Suri rumah pakai ni suami mesti sayang sebab baju kalian wangi sewangi-wanginya. Hey, Hello Kitty!



Steak sedap dekat Las Vacas. Siapa diet, tak nak kawan.



Haruslah bagitahu "Mak kita masak nasi lemak dipagi Ahad."



Model Ambi Pur yang tak diiktiraf. Kesian.



 At Ben's Pavilion. While waiting for your order, exercise your brain :)

Kalau nak best macam ni jugak, cepat upload & aktifkan Instagram. Jangan jadi macam saya dulu, ada smart phone tapi pakai untuk call & SMS je. Sedih kehidupan! Eh. Bye.