Semenjak bekerja sebagai PA mak datin (mummy), selalulah saya ada masa terluang nak skodeng blog orang ataupun update blog sendiri supaya boleh diskodeng orang lain dan yang sewaktu dengannya. Ye lah, ibu sendiri mana tegar membiarkan anak kesayangan bersusah payah. Dia akan suruh yang paling senang je seperti menjadi driver untuk ke bank, menjadi tukang angkat phone dan tukang reply SMS sebab mummy rabun tapi malas pakai cermin mata lepas tu mesti beri arahan "tolong bacakan SMS tu." dan kemudian akan berkata, "ok, tolong replykan (terus sambung ayat skema dia)". Memang I PA sejati, kan?
Kebanyakan masa terluang yang (sememangnya banyak), selain daripada berpoya-poya dengan rakan sebaya, saya juga gemar bersuka ria bersama MF. MF = Megat Fareto.
Walaupun barulah setahun jagung manis bersama Fareto, hidup saya berubah total. Eh, macam iklan ubat kurus atau skim cepat kaya je kan? Hihihiiii...
Saya suka nama Megat tu sebab macam wiwiiit, feeling-feeling gagah gituw! Tapi saya tak suka panggil dia Megat sebab ramai kot orang nama Megat dalam dunia ni. Macam orang nama Nik, Raja, Syed, Putri etc..macam tu lah maksudnya. Tapi saya taklah panggil dia Megat Fareto sebab macam panjang pula nama tu. Jadi saya ringkaskan jadi BABY Fareto. Hehe..
Setiap pagi, saya akan call MF untuk wish Good Morning Malaysia sebab MF tak boleh call saya dulu sebab dia selalu bangun lewat daripada saya. Walaupun dah pesan jantung kena berehat selepas pukul 12 malam, tetapi dia degil suka tidur lewat sebab nak download game kat iphone 4. Teringat pula masa mula-mula we bought iPhone4, Mf cakap "eh, keypad dia ni tak boleh zoom ke bagi besar sebab kecil sangat lah nak taip sms." Tapi sekarang, wah wah waaaah..dah terlebih expert! Habis semua dia explore dah. Kalau reti repair iphone, dah boleh buka kedai dah tu.
Karaoke merupakan aktiviti yang kerap dilakukan juga. Paling kelakar bila nyanyi lagu terlanjur cinta by Rossa duet dengan siapa ntah nama lelaki tu tak ingat. Sebab kitorg nyanyi beriya betul masa chorus. Tapi masa chorus je kitorg tahu. Yang intro dengan ending lagu tu kitorg habiskan dengan looking-looking, smilling-smilling at each other je, dalam hati cakap I tak tahu, you pun tak tahu - __-"
Bila shopping, MF mesti nak cari hoodie sebab hoodie MF yang I belikan dulu dah luntur warna macam ada spot blue color. Geram betul tak boleh hilang walaupun dah cuci 3 kali, handwash lagi tu. Dah la dekat Forever 21 tu kalau cari saiz tak jumpa, kau jangan mengada-ngada nak tanya sale assistant baju ni ada saiz lain tak? Kerana jawapan yang diberikan pasti "semua yang kita display ni je la yang kita ada". So memang dah harap maklum. Dah la MF cari hoodie macam nak cari bini. Ada je yang dia tak berkenan. Mungkin dia terbejangkit sifat cerewet I. Hmmm..Nasib baik haritu jalan-jalan terjumpa jaket seksi warna hitam kat topshop. Sebab dah beli jaket, MF macam terlupa sekejap nak cari bini. I mean hoodie.
Eh, kenapa rasa mengantuk ni? Oh, dah pukul 1 pagi rupanya. Jantung nak berehat. Esok nak pergi rumah Nik. Nanti kita sambung lagi ok. Selamat malam & selamat pagi :)
No comments:
Post a Comment