Wednesday, July 27, 2011

Kaki-kaki pelanggan

Bila call customer service atau walk in customer service counter, sama ada you all akan bercakap dengan customer service officer / customer service executive. Kebanyakan pelanggan, tak kiralah pengguna broadband, pengguna credit card, pengguna untuk apa produk sekalipun akan mendail talian khidmat pelanggan untuk bertanyakan soalan, mendapat penjelasan tentang sesuatu yang diragui dan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, berkaitan produk yang digunakan.

*eh skemanya permulaan karangan saya*

Dah hampir setahun dalam industri khidmat pelanggan (sekarang tidak lagi), lagi-lagi front liner ni, dimana kau lah yang akan kena maki bila orang back office mengangkang tak buat kerja atau bila orang buat sale salah bagi maklumat, mestilah dah bermacam-macam jenis dan corak pelanggan yang I dah berdepan.

Berikut adalah jenis pelanggan yang selalu mewarnai hidup pegawai khidmat pelanggan ;


Pelanggan kaki maki hamun
Belum habis greeting terus kena marah. Siap pakai bad words lagi. Lepas tu baru nak minta tolong tanya itu ini. Lagi parah, kena marah dalam bahasa Mandarin, I memang tak faham.

Pelanggan kaki ugut
"Kalau masalah saya tak selesai, saya tak kira, saya akan keluarkan kenyataan kat surat khabar. Saya nak satu dunia tahu company awak ni tak bagus! Service teruk!"..terus sambung ayat-ayat ugutan. Samseng ke samsung ntah -_-"

Pelanggan kaki merungut
Dah merungut pasal company kita punya produk satu hal, merungut pula pasal company lain kat kita. Sangat lari tajuk!

Pelanggan kurang sabar
Biasanya untuk les berat yang melibatkan follow up daripada department lain mestilah memakan masa beberapa hari. Tapi ada pula yang "I dont care, I want it to be settled by today!" Diva kampung seberang ke?

Pelanggan periang
Dia pula yang greeting kita dulu. Happy-happy je bagitahu masalah dia. Lepas tu ucapkan terima kasih sebab tolong dia walupun dah memang tugas pegawai khidmat pelanggan macam tu.

Pelanggan tak tahu apa-apa
kebanyakan pelanggan tanya soalan general sahaja. Macam cawangan kat mana, no fax,alamat laman sesawang (website) etc..Selalunya tergesa-gesa nak tamatkan panggilan sebab nak jimat kredit berbual mungkin.


Pelanggan perlu tahu, tugas pegawai khidmat pelanggan adalah untuk membantu dengan sehabis mungkin. Bukan untuk dimaki, bukan untuk diugut, bukan untuk meluahkan perasaan seperti segmen keluh kesah bersama kak esah.

Adalah dinasihatkan supaya minum segelas air putih terutama untuk pelanggan yang panas baran, sebelum membuat panggilan ke talian khidmat pelanggan. Dan tetapkan didalam minda "saya perlukan pertolongan, jadi saya akan minta pertolongan baik-baik".

Pegawai khidmat pelanggan biasanya dilatih untuk selama sebulan atau dua bulan untuk,

1) memberi maklumat yang tepat
2) memanjangkan aduan kepada pihak yang berkaitan terutama kes yang diluar bidang kuasa pegawai
3)menyarankan alternatif-alternatif untuk memudahkan pelanggan

Sekiranya pelanggan berhadapan dengan junior / newbies, pelanggan boleh meminta agar disambungkan kepada senior / superior yang lebih arif tentang kerumitan pelanggan. Boleh juga meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi semula.

Pelanggan harus sedar, maklumat pelanggan terpapar di skrin. Seperti rekod berkaitan, alamt rumah, alamt tempat bekerja..etc..well im just saying...

Pesanan I, kita sama-sama manusia. Mungkin kita rasa kita ni banyak duit, boleh kuli-kulikan orang, underestimate orang dan sebagainya. But remember, karma is a bitch if you are a bitch. Awak rasa, awak jenis pelanggan yang macam mana?

Thursday, July 21, 2011

Dreamgirls the Musical


Taraaaaaa! I tengok Dreamgirls the Musical dekat Istana Budaya. . It was suppose to be me and my girls theatre night, tapi since Amyliana tak dapat menghadirkan diri, it was just me, Faryda, MF and Faryda's few friends from UITM.

I tak nak cerita pasal sinopsis Dreamgirls sebab you all boleh google sendirian berhad. Tak pun klik sini http://www.airasiaredtix.com/Events/Dreamgirls/. I nak kongsi beberapa bahagian menarik dengan you all.


Senarai mereka yang hebat ;
Dina Nazir (Effie White)
Cheryl Samad (Deena Jones),
Azura Zainal (Lorell Robinson),
Kris Coleman (Jimmy Early),
Tony Eusoff (Curtis Jr.),
Dafi (C.C. White),
Ruzana Ibrahim (Michelle Morris)


Senarai lagu yang best
Cadillac Car
Steppin' to the Bad Side
Family
It's All Over
Love Love Me Baby
When I First Saw You
I Miss You Old Friend
Hard to Say Goodbye
My Love
Dreamgirls
dan banyak lagi (sebab tak ingat, kita letak la dan banyak lagi tu)



The Dreams





Ada Dafi ok! Ada Dafi! (yang pakai jacket coklat sebelah kanan sekali). Agak-agak kumpulan Sepah tengok tak? Tony Eusoff kat tengah-tengah, tengah menjiwai watak beliau. Kris Coleman kat sebelah kiri, cantik blazer awak. Berkilau! :D







Prop terbaik!


Secara kesuluruhan, memang teater terbaik yang pernah I tonton. Sebabnya ;

Baju-baju cantik sangat! berkilau-kilau! Ada satu dress warna putih tu, I rasa macam nak buat wedding dress I je. Tapi MF cakap seksi sangat pula. Baik buat baju tidur je. Hamboi imaginasi dia! Heyp!

Azura Zainal is super gedik! Tapi gedik yang class ok! Best.

Tak sangka, Cheryl Samad mampu menyanyi dengan baik! Dari jauh dia nampak lain sangat. Well done, Cheryl!

Bila babak Effie jumpa balik dengan Deena setelah sekian lama mereka berpisah, time tu I emosi rasa nak nangis ok.

Tony Eusoff bertuah dapat hisap curut atas pentas dimana orang lain tak dibenarkan merokok. Suka lah tu beliau!


Kitorang beli buku yang ada semua gambar artis tu untuk mereka tandatangan diwaktu sesi autograf selepas habis show. seronok Faryda dapat bergambar dengan Encik Tony. Oh btw, I ambil tandatangan Tony Eusoff sahaja. Hehe..Nasib baik tak ada Aaron Aziz, kalau tak dua-dua punya tandatangan pun I ambil. Weee!

Ok sekian, terima kasih kerana membaca :)

P/S : With the right companion, you must go now or regret later :p until 24th July 2011 only!

Friday, July 15, 2011

Mini Update

Semenjak bekerja sebagai PA mak datin (mummy), selalulah saya ada masa terluang nak skodeng blog orang ataupun update blog sendiri supaya boleh diskodeng orang lain dan yang sewaktu dengannya. Ye lah, ibu sendiri mana tegar membiarkan anak kesayangan bersusah payah. Dia akan suruh yang paling senang je seperti menjadi driver untuk ke bank, menjadi tukang angkat phone dan tukang reply SMS sebab mummy rabun tapi malas pakai cermin mata lepas tu mesti beri arahan "tolong bacakan SMS tu." dan kemudian akan berkata, "ok, tolong replykan (terus sambung ayat skema dia)". Memang I PA sejati, kan?


Kebanyakan masa terluang yang (sememangnya banyak), selain daripada berpoya-poya dengan rakan sebaya, saya juga gemar bersuka ria bersama MF. MF = Megat Fareto.


Walaupun barulah setahun jagung manis bersama Fareto, hidup saya berubah total. Eh, macam iklan ubat kurus atau skim cepat kaya je kan? Hihihiiii...
Saya suka nama Megat tu sebab macam wiwiiit, feeling-feeling gagah gituw! Tapi saya tak suka panggil dia Megat sebab ramai kot orang nama Megat dalam dunia ni. Macam orang nama Nik, Raja, Syed, Putri etc..macam tu lah maksudnya. Tapi saya taklah panggil dia Megat Fareto sebab macam panjang pula nama tu. Jadi saya ringkaskan jadi BABY Fareto. Hehe..


Setiap pagi, saya akan call MF untuk wish Good Morning Malaysia sebab MF tak boleh call saya dulu sebab dia selalu bangun lewat daripada saya. Walaupun dah pesan jantung kena berehat selepas pukul 12 malam, tetapi dia degil suka tidur lewat sebab nak download game kat iphone 4. Teringat pula masa mula-mula we bought iPhone4, Mf cakap "eh, keypad dia ni tak boleh zoom ke bagi besar sebab kecil sangat lah nak taip sms." Tapi sekarang, wah wah waaaah..dah terlebih expert! Habis semua dia explore dah. Kalau reti repair iphone, dah boleh buka kedai dah tu.


Karaoke merupakan aktiviti yang kerap dilakukan juga. Paling kelakar bila nyanyi lagu terlanjur cinta by Rossa duet dengan siapa ntah nama lelaki tu tak ingat. Sebab kitorg nyanyi beriya betul masa chorus. Tapi masa chorus je kitorg tahu. Yang intro dengan ending lagu tu kitorg habiskan dengan looking-looking, smilling-smilling at each other je, dalam hati cakap I tak tahu, you pun tak tahu - __-"


Bila shopping, MF mesti nak cari hoodie sebab hoodie MF yang I belikan dulu dah luntur warna macam ada spot blue color. Geram betul tak boleh hilang walaupun dah cuci 3 kali, handwash lagi tu. Dah la dekat Forever 21 tu kalau cari saiz tak jumpa, kau jangan mengada-ngada nak tanya sale assistant baju ni ada saiz lain tak? Kerana jawapan yang diberikan pasti "semua yang kita display ni je la yang kita ada". So memang dah harap maklum. Dah la MF cari hoodie macam nak cari bini. Ada je yang dia tak berkenan. Mungkin dia terbejangkit sifat cerewet I. Hmmm..Nasib baik haritu jalan-jalan terjumpa jaket seksi warna hitam kat topshop. Sebab dah beli jaket, MF macam terlupa sekejap nak cari bini. I mean hoodie.


Eh, kenapa rasa mengantuk ni? Oh, dah pukul 1 pagi rupanya. Jantung nak berehat. Esok nak pergi rumah Nik. Nanti kita sambung lagi ok. Selamat malam & selamat pagi :)