Saya tahu blog saya bukan ada yang nak baca pun. Tapi tak apa. Saya sorang baca pun dah cukup. Sebab ini blog saya, faham? Tajuk saya straight forward tentang Instagram. Betapa bertuahnya saya memiliki iphone yang boleh download Instagram application ni. Walaupun dah lama ada app ni tapi saya tak pernah pakai pun sampailah iphone hilang dan dibelikan iphone baru lagi baru terhegeh-hegeh nak buka account & aktifkan. Orang lain ada, kita pun nak la ada jugakkan? Problem? Eh?
Instagram app ni available for iphone, blackberry & andriod, tahu? Untuk keseronokkan berganda, Instagram boleh link dengan twitter & FB jugak. Awak mesti nak show off eh maksud saya..awak mesti nak berkongsi dengan semua orang kan? Sama la kita..hehe.. Lagipun, bukankah kita digalakkan berkongsi perkara-perkara baik. Jadi, apa tunggu lagi? Siapa ada account Instagram semua cepat bagitahu saya nak follow. Kalau nak tahu banyak-banyak lagi, boleh pergi sendiri website Instagram. Belajar berdikari boleh? Dengan tema fast beautiful photo sharing, pelbagai effect boleh diguna pakai. Contoh :
Suri rumah pakai ni suami mesti sayang sebab baju kalian wangi sewangi-wanginya. Hey, Hello Kitty!
Steak sedap dekat Las Vacas. Siapa diet, tak nak kawan.
Haruslah bagitahu "Mak kita masak nasi lemak dipagi Ahad."
Model Ambi Pur yang tak diiktiraf. Kesian.
At Ben's Pavilion. While waiting for your order, exercise your brain :)
Kalau nak best macam ni jugak, cepat upload & aktifkan Instagram. Jangan jadi macam saya dulu, ada smart phone tapi pakai untuk call & SMS je. Sedih kehidupan! Eh. Bye.