Tuesday, August 23, 2011

Letter for MF

Baby, sekarang you dekat Cape Town. Bila you jauh, I selalu rindu. Kadang-kadang rasa nak mati je rindu you. Kawan-kawan suruh I jadi pramugari. I tak mahu sebab lagi bagus I jadi macam Tony. Terus beli share MAS. Bila I dah jadi shareholder, bila-bila masa pun boleh teman you fly. Hehee.

Banyak sangat perkara yang I rindu tentang you.
I suka spaghetti yang you masak untuk I. Dah la first time lelaki masak untuk I. Sedap pula tu.
I suka bila you drive, you menyanyi untuk I. Sedap juga suara you.
I suka bila tengok you senyum. Sedap mata memandang ^_^
I suka bila I buat cuba buat lawak yang tak kelakar, tapi you ketawa tipu-tipu. Sedapkan hati I.
I suka bila you shake the soya can drink, bukakan tin, letak straw untuk I minum setiap kali kita tengok wayang. Soya memang sedap.
I suka bila WA, you hantar audio saying "I love you". Sedap mendengarnya.
I suka bila you call I, sebelum & selepas fly. Pergi / balik kerja pun you call.
I suka bila you call I setiap pagi - just to wish good morning. Malam pun sama. You wish sweet dreams.
I suka bila I tahu you busy tapi you nak juga jumpa I walaupun sekejap.
I suka bila you tak berhenti buat semua perkara ni daripada awal kita kenal sampai sekarang.

I nak you tahu, I appreciate every small things yang you buat untuk I. Sekarang, I tak sabar tunggu you balik sebab kan, I kan, ada surprise untuk you :)

Thursday, August 11, 2011

Tips untuk bahagia

Selalu rasa kasihan tengok timeline tweeter/ FB status yang sedih-sedih. Especially yang melibatkan hal-hal kekasih. Gaduh dengan bf je, terussss tukar relationship status jadi single. Esok - in a relationship balik. Lusa - it's complicated pulak. Hari ni friend dengan kekasih, esok unfriend. Jangan nak menafikan ok. I sendiri pun pernah terbuat perkara-perkara di atas. Girls, you know..

Kat sini I nak kongsi tips bahagia. Apa yang I buat untuk mengekalkan hari-hari bahagia dengan kekasih / tanpa kekasih. I tak copy paste daripada internet sebab tak nak jadi kau cakap senanglah, cuba kau buat. So here, yang selalu I paraktikkan.


Tips bahagia bersama kekasih


1) Pandangan itu penting
Pandang pasangan dengan rasa kasih & hormat. Bila kita kasih, kita tak akan menyakiti hatinya. Bila kita hormat, kita selalu menjaga perlakuan & pertuturan supaya tidak mengguris hatinya.


2) Percakapan / pertuturan pun penting
Biasakan cakap yang penting / fakta. Kalau tak penting, jangan cakap. Jadilah pendengar. I percaya percakapan itu satu doa. Biasakan cakap perkara yang baik-baik.


3) SMS pun kira penting taw!
Selalu ucap selamat pagi, selamat tengah hari, selamat petang & selamat malam. OK, I selalu wish selamat pagi & selamat malam sahaja :D Busy macam mana pun, selalu tanya "You tengah buat apa, you dah makan ke, what is your activity for today"..just to keep in touch. Biasa pasangan yang dah lama ni macam "ala takkan perkara kecil-kecil ni pun kau nak kecoh-kecoh tanya BF kau"..My answer will be, daripada tiba-tiba nanti ada perempuan lain yang caring dekat BF kau..Percayalah, all this small things lah yang buat relationship lagi best. Small things matter. If you cannot do great things, do small things in a great way.


4) Email, FB, Tweeter & all social network related lagilah penting
I tak mahu tahu password BF I. Jenuh BF I nak bagi password dia dkt I. I tak mahu. Kenapa? Sebab I percaya BF I dah cukup besar, dah tahu behave, tahu limit dia. I suka BF I ada sedikit ruang &privasi untuk diri sendiri. Tapi I tak kisah BF I ada password I / pegang iphone I / pegang handbag I. Sebab I tak sorok apa-apa. Lagipun BF I busy terbang-terbang, tak ada masa dia nak stalk account I :) Plus, macam mana kita nak orang percaya kita, kita pun kena lah percaya orang juga.


5) Marah tak penting
Bila tengah marah, I prefer jauh-jauh daripada BF I. Tak nak jumpa / off phone untuk mengelakkan daripada perang besar. SMS BF - "I am sorry, talk tomorrow." Ye lah, bila tengah marah nanti perkara yang tak sepatutnya pun kita cakap. Abang I selalu pesan, "Jangan marah-marah, marah tu api. Api tu syaitan." "Kemarahan yang kita tahan walaupun seminit, akan menyelamatkan kita daripada kekesalan bertahun-tahun. Thank you abang!


Tips bahagia bila tak bersama kekasih


Semua orang pun nak hari-hari bahagia. Jadi bila bangun tidur perkara pertama haruslah baca doa bangun tidur atau paling tidak pun ucap Alhamdulillah dengan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup. Bersyukur masih ada keluarga. Bersyukur masih boleh baca blog I daripada orang lain yang tak ada internet connection. Macam tu lah lebih kurang :D

Bila berdiri depan cermin, I selalu cakap dalam hati "tak apalah muka I tak berapa cantik, I cuma mahu hati yang cantik". Bersyukurlah awak tu cukup sifat (tak cacat) - ni pesan mummy.

Selalu baca buku motivasi untuk meningkatkan self-esteem. Eh, baru teringat kita tak baca pun buku motivasi untuk bulan ni. Kejap lagi nak baca lah buku SECRET. Heehe..

Senyum. Kenapa? Selain termasuk dalam kategori sedekah yang paling mudah, melenturkan kulit wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. OK semua senyum sama-sama sekarang :)
Cuba klik sini http://unic77.info/10-kebaikan-di-balik-senyuman.html untuk fakta-fakta menarik, kenapa kita kena senyum :) *smile again*


Lepas ni, I tak nak tengok status FB / Tweet you all sedih-sedih ok. *Senyum lagi sebab nak nampak muda*.

Friday, August 5, 2011

Menu wajib Ramadhan 2011

Reader(s), salam Ramadhan & selamat berpuasa. Dah hari ke-3 berpuasa tapi esok I hari pertama I puasa. Dulu masa sekolah budak lelaki selalu je ejek budak perempuan kalau tak puasa. Budak perempuan pun terpaksa cakap "Kita puasa la", walaupun sebenarnya tidak. Sebab takut kena ejek. Sekarang masing-masing dah besar, baru faham kalau period sebulan sekali tu NORMAL.

Mahu tak jealous bila dapat notification foursqure kawan-kawan check in dekat masjid / surau yang berbunyi begini "Terawih with family". Cemburu ok! I tak sabar nak pergi terawih sebab bukan setiap hari ada moreh. I mean terawih. I memang tak sabar nak berterawih! :)

Bila bulan puasa, ada Bazaar Ramadhan. Yeyyy! (sorakan cheerleader gedik). Bazaar ramadhan best sebab dia macam pasar malam yang dibuka sebelum malam. Kalau bukan bulan Ramadhan, biasanya awak datang pukul 5.30 petang tu belum tentu peniaga dah buka payung / meja. Tapi bulan Ramadhan, pukul 5.30 petang tu dah waktu kemuncak jaya dah. Meriah for sure! Mum macam biasalah, dengan things-to-buy list dia yang mengirim mengalahkan orang nak pergi haji. Ayah pula mesti nak kuih-muih. Lil pika suka ayam uncle yang selalunya kena beratur dalam 15minit -__-"

I pula suka apa? Semestinya masakan Mummy yang paling sedap di galaksi. Tapi kalau cakap pasal makanan dekat Bazaar..ni,



Tempat pertama, ROTI GORENG BERSALUT BREADCRUMBS! Kerangupan yang tiada bandingan.




TEMPAT KEDUA, AGAR-AGAR yang berwarna-warni sahaja sebab memang tamak dan memilih rupa sejak lahir perangai tak berubah. Paling kurang pun nak agar-agar milo.





TEMPAT KETIGA, Kek Batik yang senang sangat kalau nak buat dan tak faham kenapa orang jual harga mahal. Tapi disebabkan pemalas nak buat sendiri, kita beli jugak!


Ok I tak reti pula nak buat penutup karangan tiba-tiba. Can I just end this post by saying Good Bye? Or Good Night? Maybe both will be better. Good bye & Good Night reader(s)!