I kerja hari-hari. Hujung minggu pun kerja. Ayah I seorang yang kuat bekerja. I kagum dengan kejayaan ayah I. Usia muda dah jadi chief manager. Dah beli asset sana sini. Rumah, kereta, memang ada beberapa. Inspired!
Memang I tukar kerja beberapa kali. I percaya, peluang yang baik bukan datang selalu. Bila diberi peluang, ditawarkan gaji yang lebih tinggi, & bila tanggungjawab itu I mampu pikul, I tak fikir dua kali untuk berhijrah. Bukan sebab stress sikit je berhenti kerja. Kerja cleaner pun stress kalau hari-hari kena marah dengan boss, kan? I bukan kategori yang meroyan kat FB, bagitahu semua, kerja ni stress nak mati tapi terpaksa kerja sini sebab tak ada pilihan, lalu diri pun berkhidmat dengan hati yang tak ikhlas, makan gaji buta, masuk kerja lewat, balik nak awal on time & hujung bulan tunggu gaji, lepas tu tak happy sebab gaji sikit. I bukan macam tu.
I ada misi yang jelas. I mahu kumpul duit semaksima mungkin. I mahu kebajikan anak-anak I terjamin kelak. I tak mahu jadi beban suami pada masa akan datang. I dididik berdikari. I memang suka & seronok mencari duit sendiri.
I tak kisah orang nak kutuk tak ada "life" atau "tak sosial". Hidup I bukan berdasarkan kata-kata orang. Kata-kata orang bukan boleh bayar semua bil I. Bukan kenyang pun kalau dengar kata-kata orang.
Pada I, "life" is not about you kerja office hour Isnin sampai Jumaat, on weekend you cuti, hari ahad lepak depan TV tunggu Melodi & Hindustan. "Life" bukan sibuk fikir nak kahwin, nak ada anak sebab rasa usia dah meningkat. Lepas tu nanti nak apply personal loan / pinjam sesiapa untuk buat kenduri majlis. "Life" tu bukan rutin yang sama kita buat seperti majoriti pergi club, minum arak, seks bebas, party sana sini.
I suka kehidupan I sekarang. Bila mampu berfikir & membayangkan kehidupan I lagi 5 tahun akan datang, I rasa tak sabar untuk berjaya. Bila tengok kawan-kawan yang dah berjaya, rasa tak sabar tu macam dua kali ganda!
::bila you kerja lebih masa, gaji you pun lebih. You dapat spend lebih & happy lebih. You cuti weekdays dapat jimat lebih sebab sabtu ahad kan parking, wayang & karaoke rate lebih mahal, kan?::
No comments:
Post a Comment