Monday, July 30, 2012

Ramadhan, ikhlaskah?

Biarlah kalau orang nak bertudung untuk sebulan, sempena Ramadhan. Biarlah orang nak check-in kat foursquare pergi masjid / surau. Biarlah orang nak bagitahu yang dia dah habis baca 30 juzuk al-Quran. Biarlah orang nak bersedekah, nak tambahkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan. Biarlah, walaupun untuk sebulan sahaja kebaikan yang dilakukan itu.

Ikhlas atau tidak seseorang itu, hanya diantara dia dengan Tuhan. Siapalah kita untuk mempersoalkan.

Perkara baik kita sokong. Kita beri galakkan. Jangan nak 'eleh kau perasan bagus' untuk perkara baik yang orang buat. Jangan salahkan orang lain kalau hati kita yang tak boleh menerima kebaikan. ;)

No comments:

Post a Comment